Kamal_Haasan
Kamal_Haasan

Kamal_Haasan

Kamal Haasan (lahir 7 November 1954) ialah seorang pelakon filem, penulis skrip, penerbit dan pengarah India. Beliau dianggap sebagai salah seorang pelakon yang utama dan terkemuka di India[2] [3]. Kamal Haasan telah memenangi beberapa anugerah filem india, termasuk empat Anugerah Filem Negara India dan Anugerah Filmfare. Beliau juga merupakan pelakon India yang paling banyak dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk Filem Bahasa Asing Terbaik.Selepas beberapa projek sebagai pelakon kanak-kanak, kejayaan Haasan sebagai pelakon utama datang pada tahun 1975 melalui filem drama Apoorva Raagangal, di mana beliau memainkan watak remaja yang jatuh cinta dengan wanita yang lebih tua.Beliau memenangi Anugerah Filem Nasional pertamanya untuk lakonan sebagai seorang guru dalam filem 'Moondram Pirai'. Kamal Haasan diingati kerana Lakonan dalam filem Tamil arahan Mani Ratnam ,Nayagan (1987). Filem itu disenaraikan sebagai salah satu filem terbaik dalam sejerah perfileman dunia oleh Majalah TIME.

Kamal_Haasan

Pekerjaan Pelakon, penerbit filem, pengarah filem, penulis skrip, penggubah lagu, penyanyi, penyanyi latar
Pasangan Gouthami Tadimalla
(2004–kini)
Anak Shruti Haasan (lahir pada 1986)
Akshara Haasan (lahir pada 1991)
Tahun aktif 1959-kini
Nama lain Kamal
Kelahiran (1954-11-07) 7 November 1954 (umur 65)[1]
Paramakudi, Negara Bahagian Madras, India
Kediaman Chennai, Tamil Nadu, India