Kamal_Nath
Kamal_Nath

Kamal_Nath


Kamal Nath (dilahirkan pada 18 November 1946) adalah ahli politik India dan menyertai barisan kabinet Perdana Menteri India, Manmohan Singh sebagai Menteri Pembangunan Bandar . Beliau adalah ahli 15 Lok Sabha India . Beliau menang pilihan raya kawasan Chhindwara Madhya Pradesh mewakili Kongres Kebangsaan India (INC) . Pada 2011, beliau termasuk 72 dari 75 menteri yang telah mengisytiharkan harta mengikut Kod Tatalaku Menteri Kabinet India. Beliau adalah menteri India paling kaya kerana memiliki nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).[1]