Sinopsis Kamar_Kamariah

Kamariah (Nabila Huda), seorang bekas GRO yang baru bertaubat setelah berlaku kejadian hitam dalam hidupnya. Keluarganya tidak tahu tentang pekerjaannya. Kepulangan Kamariah agak mengejutkan tetapi sebagai anak yang banyak membantu meringankan beban keluarga, keputusan Kamariah diterima dengan tenang. Ibunya mencadangkan supaya Kamariah berkahwin dengan Murad (Fizz Fairuz), anak kenalan mereka. Bapa Kamariah kurang bersetuju kerana Murad dikenali sebagai pemuda liar. Ibu Kamariah memberitahu, Murad sudah insaf.

Di awal perkahwinan, Murad berterus terang perangai masa lalunya. Kamariah menerima Murad seadanya namun Kamariah merahsiakan kegiatannya. Sebenarnya, Murad masih terlibat dengan kegiatan maksiat dan jenayah di Kuala Lumpur. Dia hanya mengaburi mata ibunya, Hafsah (Ku Faridah) dengan mengahwini Kamariah. Di depan Hafsah, dia seorang anak yang baik.

Walaupun ramai kekasih, Murad tetap memberi keutamaan kepada Kamariah. Enam bulan pertama perkahwinan mereka. Murad mula rasa kehidupannya lebih teratur sehingga dia terfikir untuk menghentikan kegiatannya. Bagaimanapun kekasihnya Sally (Tasha Shilla) melarang dan enggan berpisah dengan Murad.

Satu hari, Murad terkejut apabilan kepulangannya disambut dengan tangisan bayi yang baru lahir. Kamariah telah melahirkan anaknya, Qhalif berseorangan di rumah. Selama ini Kamariah merahsiakan kehamilannya dari Murad. Murad terkejut, bagaimana Kamariah boleh bersalin sedangkan mereka baharu enam bulan berkahwin.

Murad mula menjadi baran dan mendera Kamariah. Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad kerana bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang.

Tujuh tahun berlalu, Murad masih terus menyeksa Kamariah dan membenci Qhalif. Kamariah turut melahirkan Qistina dan Qayyum. Murad melayan mereka bagai menatang minyak yang penuh.