Philip Kamen_Rider_Double_(watak)

Philip (フィリップ, Firippu, lakonan Masaki Suda) merupakan seorang pemuda misteri yang memiliki Gaia Memory (地球の記憶, Chikyū no Kioku) sebenar, dirujuk sebagai "Anak Terpilih" (運命の子, Unmei no Ko) yang digunakan kuasanya untuk mencipta Gaia Memory dan sesiapa yang memilikinya dikatakan mampu menakluk dunia. Nama sebenarnya ialah Raito Sonozaki (園咲 来人, Sonozaki Raito), anak ketiga Ryubee, yang mindanya sudah diubahsuai oleh Satoshi Yamashiro atas arahan bapanya yang mahukan dia tiada ingatan mengenai namanya dan keluarganya. Setelah diselamatkan oleh Shotaro dan Sokichi Narumi daripada organisasi Museum, dan seterusnya mendapat nama panggilannya daripada Sokichi, Philip membantu Shotaro untuk menebus kesalahannya kerana menjadi boneka organisasi tersebut. Philip membantu penyiasatan aktiviti Dopant melalui keupayaannya untuk mencapai Rak Buku Planet (地球(ほし)の本棚, Hoshi no Hondana), satu koleksi besar buku bagi kesemua maklumat dunia dalam mindanya. Walau bagaimanapun, oleh kerana dia tidak mempunya ingatan masa lampau sebelum diselamatkan serta keperluan untuk merahsiakan kedudukannya daripada pengejarnya, dia menghabiskan masanya di dalam hangar rahsia agensi, membaa mengenai pelbagai topik yang dirasakan menarik. Kadang-kadang tumpuannya yang tidak bertempat terhadap sesuatu topik boleh bertukar menjadi obsesi yang menyelubunginya sehingglah dia mengetahui segala-galanya mengenainya, yang sering mengganggu proses penyiasatan. Dia melawan Dopant bersama-sama Shotaro, membolehkan kesedarannya dipisahkan daripada jasadnya untuk berlawan sebagai Kamen Rider Double, dengan Gaia Memory bagi sebelah kanan Double.[1][2][3] Philip dinamakan oleh Sokichi sempena detektif fiksyen Philip Marlowe. Namanya turut dieja sebagai "Philippe" dalam aura yang dihasilkan semasa memasuki Rak Buku Planet. Sebutan bagi nama sebenarnya iaitu "Raito" adalah sama bagi perkataan Inggeris "right", memandangkan dia membentuk sebelah kanan penjelmaan.

Rujukan

WikiPedia: Kamen_Rider_Double_(watak) http://www.honda.co.jp/customer/tips/kamen-rider/w... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonemeta... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonetrig... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/double.html http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doubledraiv... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doublemask.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangjoker.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangmemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/gaiamemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/hardboilder...