Kampong_Beribi

Kampung Beribi ialah sebuah kampung dalam Mukim Gadong 'B' di Daerah Brunei-Muara, Brunei. Ia juga merupakan salah satu kawasan dalam ibu negara Bandar Seri Begawan.[1][2] Kampung Beribi pada umumnya merangkumi petempatan kampung asal Beribi serta kawasan perindustrian Beribi iaitu salah satu estet perindustrian di Brunei. Poskod bagi Kampung Beribi ialah BE1118.[3][4]