Kampong_Bolkiah_'A'

Kampung Bolkiah 'A' (juga Kampong Bolkiah 'A') merupakan salah satu bahagian pentadbiran kampung di Brunei. Ianya adalah satu dari dua bahagian pentadbiran rasmi dalam kawasan petempatan Kampung Bolkiah, yang satu lagi ialah Kampung Bolkiah 'B'. Kampung Bolkiah 'A' ditadbir sebagai salah satu pecahan kawasan pentadbiran di bawah Mukim Sungai Kebun. Sebagai sebuah kampung, Kampung Bolkiah 'A' mempunyai seorang ketua kampung; pada masa ini ianya dijawat oleh Shahminan bin Matzin.[1] Kampung Bolkiah 'A' mempunyai poskod sendiri iaitu BK1125.[2]