Kampong_Bukit_Salat

Kampung Bukit Salat ialah bekas sebuah kawasan kejiranan dalam Kampong Ayer iaitu petempatan di atas Sungai Brunei di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Kampung Bukit Salat dahulunya merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Sungai Kedayan dalam Daerah Brunei dan Muara, serta sebahagian dari kawasan lembaga bandaran Bandar Seri Begawan.[1][2] Pada masa ini kawasan kampung tersebut telah menjadi sebahagian dari Taman Mahkota Jubli Emas iaitu taman awam di Pusat Bandar. [3] Kampung Bukit Salat mempunyai poskod BN1311.[4][5]