Kemudahan Kampung_Amo

Sekolah Rendah Amo merupakan sebuah sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah biasa kepada murid-murid yang tinggal di Kampung Amo. Sekolah ini juga berkongsi bangunan dengan Sekolah Ugama Amo iaitu sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam; pendidikan ini wajib bagi kanak-kanak beragama Islam di Brunei.[7]

Pada 2017 seramai 36 orang belia dari Kampung Amo ‘B’ dan guru-guru Human Library Project dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), telah mengadakan aktiviti di air terjun Sungai Lucak yang terletak di Taman Negara Ulu Belalong, Temburong. Para mahasiswi UBD yang sedang menjalani Community Outreach Program (COP) pada Tahun Ke-3 dalam pengajian mereka itu berkonsepkan library dengan mengetengahkan mahasiswa-mahasiswi UBD yang bertindak sebagai sumber rujukan ilmu. Mereka bukan sahaja mengongsikan ilmu pengetahuan, tetapi juga pengalaman-pengalaman yang berguna kepada penuntut-penuntut sebagai salah satu alternatif selain dari kaedah konvensional seperti membaca buku dan sebagainya.[8][berkaitan? – bincang]