Keistimewaan Kampung_Changkat_Ibol

Kampung Changkat Ibol merupakan sebuah kampung yang sangat istimewa. Ini yang menjadikan Kampung Changkat Ibol sangat unik berbanding kampung-kampung yang lain.

Kampung Yang Hidup

Kampung Changkat Ibul adalah sebuah kampung yang bergerak sebagai pusat tumpuan. Titik tumpuan utama adalah terletak di kawasan Masjid Al-Ahmadi yang mana di kawasan ini mempunyai kedai-kedai runcit, pasar sayur dan ikan, lokasi pasar pagi, sekolah dan sebagainya. Rata-rata penduduk di kawasan Kampung Changkat Ibol dan kampung sekitar tidak perlu bersusah payah untuk ke pekan berdekatan untuk membeli barangan basah (ikan,sayur dan sebagainya). Semua keperluan runcit boleh didapati dengan mudah di sini.

Kampung Yang Nama Tertera Pada Papan Tanda Jalan Persekutuan