Sinopsis Kampung_Kolestrol

Mengisahkan tentang Penduduk Kampung Kolestrol yang tidak mengambil kisah tentang amalan diet yang seimbang sehingga kebanyakan mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi. Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka. Tugas mereka dibantu oleh kedua-dua anak lelaki mereka iaitu Amir dan Adi.