Sejarah Kampung_Kuala_Seraya

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Kuala Seraya telah dilakukan pada September 1928 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Kuala Seraya telah dimulakan sejak tahun 1920-an. Nama "Kampung Kuala Seraya" turut dipaparkan dan diterbitkan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di rujukan grid RG4289 (dengan nama Kg. K. Seraya).[3][4] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Kuala Seraya pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°24′N 100°41′E / 6.400°N 100.683°E / 6.400; 100.683.[2]