Kemudahan Kampung_Pasir_Tuntung

Asas

Terdapat dua buah tadika dibina di Kampung Pasir Tuntung.[1] Kawasan perkampungan ini mempunyai satu buah surau kecil iaitu Surau Al-Ikhwan yang terletak di Batu 22ΒΌ di Laluan Persekutuan Malaysia 5 dan di dekat persimpangan menuju ke Taman Aman. Surau ini terletak dibawah kariah masjid, Masjid Jamiul Huda yang terletak di Kampung Api-Api.[7]

Lain-lain

Terdapat cadangan untuk pemasangan lampu jalan berjenis LED dan solar di sekitar jalan raya di Kampung Pasir Tuntung. Selain itu, terdapat cadangan untuk membina sebuah klinik desa, sebuah perpustakaan desa serta perkidmatan hotspot Wifi Smart Selangor percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa kini, Kampung Pasir Tuntung, hanya mempunyai balai raya yang terletak di hadapan Jalan Kapar .[1] Hampir setiap rumah penduduk mempunyai kemudahan elektrik dan air yang lengkap.[1] Walaubagaimanapun, terdapat cadangan untuk menaiktaraf sistem bekalan air dan sistem pembetungan di kawasan ini.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kampung_Pasir_Tuntung http://sds.jpbdselangor.gov.my/desaku/production/d... http://sds.jpbdselangor.gov.my/desaku/production/r... http://web.archive.org/web/20180711063705/https://... http://web.archive.org/web/20190430084516/https://... http://www.tindakmalaysia.org/online-electoral-map... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Kampu... https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-l... https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai... https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/profail/sho... https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/