Infrastruktur Kampung_Sungai_Lerek

Medan Selera Sungai Lerek adalah sebuah tempat R&R dengan beberapa lot restoran dan kedai makan yang diwujudkan oleh Majlis Daerah Setiu untuk kemudahan kepada pengguna jalanraya yang melalui kawasan ini dan penduduk sekitar. Malah pada setiap hari Khamis, Pasar Malam turut beroperasi di dataran parkir kereta di sini.

Disini juga terdapat sebuah Sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek yang mula dibuka pada tahun 2004. Sebelum Sekolah ini dibina kebanyakkan penduduk disini belajar di Sekolah Kebangsaan Batu 29 yang terletak di Kampung Sungai Bari.

Bagi meningkatkan penjagaan kesihatan di kalangan penduduk, sebuah klinik turut dibina di sini iaitu Klinik Desa Sungai Lerek yang lebih memfokuskan kepada Klinik ibu dan anak. Masjid Al Amin adalah sebuah Masjid baru dibina di Kampung Sungai Lerek yang terletak bersebelahan dengan klinik desa ini.