Trivia Kampung_Tebauk

Kampung ini pernah melahirkan seorang ulama terkenal bernama Haji Abd Hamid. Beliau seorang ulama yang disegani dan melahirkan ramai tokoh-tokoh agama. Banyak anak murid beliau yang mendirikan pondok-pondok pengajian di kampung tersebut. Diantaranya ialah Hj Abdul Rahman, Haji Omar dan Haji Ali. Di kampung ini terdapat sebuah surau diberi nama "Surau Haji Ali". Dalam tahun 1960-an dan 1970-an masih terdapat peninggalan sejarah yang tidak ternilai iaitu beberapa buah telaga yang dibina daripada batu bata dan rumah-rumah kediaman lama yang diperbuat daripada kayu yang bernilai tinggi iaitu cengal. Disebabkan oleh arus pemodenan yang menghimpit setiap inci tanah yang ada, semua peninggalan itu telah tinggal kenangan dimana telaga-telaga telah ditimbus dan rumah-rumah telah dirobohkan oleh generasi pewaris.

Dalam bidang kerjaya, ramai dikalangan penduduk Kampung Tebauk yang berjaya di dalam karier masing-masing. Antaranya ada yang menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, peguam, guru, tokoh agama dan tidak ketinggalan pegawai-pegawai kanan dalam perkhidmatan kerajaan.