Sosial Kampung_Tupai


Majoriti penduduk di kampung ini menggunakan dialek bahasa Melayu Reman sebagai bahasa pertuturan utama. Ini kerana kebanyakan pendududuk awal yang datang membuka kampung ini berasal daripada keturunan melayu selatan Thai.

Rata-rata penduduk Kampung Tupai berkerja sebagai petani, peniaga, penoreh getah serta kerja-kerja sampingan lain. Antara Tokoh yang terkenal di kampung ini ialah Allahyarham Tuan Haji Hussain, Allahyarham Haji Jusoh dan Allahyarham Yaakob Ismail. Mereka adalah dikalangan orang-orang yang berperanan penting didalam memajukan kampung ini.