Objektif Kampus_UiTM_Seri_Iskandar

  • Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf professional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
  • Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan disamping mendokong dasar pembangunan negara.
  • Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai dikalangan masyarakat UiTM.
  • Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran gunatenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
  • Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.