Kandidiasis
Kandidiasis

Kandidiasis

Kandidiasis merupakan jangkitan kulat yang disebabkan oleh sebarang jenis Candida (sejenis yis).[1] Kandidiasis yang menjangkiti bahagian mulut umum dipanggil seriawan. Antara gejalanya termasuk tompok-tompok putih pada lidah atau mana-mana bahagian mulut dan kerongkong.[2] Lain-lain gejala termasuk rasa kudis dan kesukaran menelan.[2] Apabila faraj pula yang terkena, ini dipanggil jangkitan yis.[1] Antara gejalanya termasuk rasa gatal, membahang, dan ada kalanya bahan kumuhan putih seakan-akan cottage cheese dari faraj.[3] Jarang sekali zakar dijangkiti, itupun menyebabkan rasa gatal.[2] Jarang-jarang sekali kandidiasis merebak ke seluruh tubuh dan menyebabkan demam dan gejala-gejala lain yang berkenaan dengan anggota badan yang terjejas.[4]Lebih 20 jenis Candida boleh menyebabkan jangkitan, apalagi Candida albicans paling umum.[5] Jangkitan pada mulut paling umum pada bayi yang belum mencecah usia sebulan, orang tua, dan orang yang mempunyai sistem imun lemah. Keadaan-keadaan yang menyebabkan sistem imun lemah termasuklah HIV/AIDS, ubat-ubatan yang digunakan selepas pemindahan organ, diabetes, dan penggunaan kortikosteroid. Lain-lain risiko termasuk gigi palsu dan susulan terapi antibiotik.[6] Jangkitan pada faraj lebih kerap berlaku sewaktu kehamilan pada mereka yang lemah sistem imun dan yang lepas menggunakan antibiotik.[7] Risiko jangkitan berleluasa termasuk berada dalam ICU, susulan pembedahan, bayi kurang berat badan, dan lemah sistem imun.[8]Langkah-langkah pencegahan untuk mulut termasuk penggunaan ubat cuci mulut dengan klorheksidina bagi mereka yang lemah fungsi imun serta membasuh mulut selepas memakan steroid.[9] Kurang bukti menyokong probiotik untuk mencegah atau merawat kandidiasis walaupun yang kerap mengalami jangkitan faraj.[10][11] Bagi jangkitan mulut, rawatan dengan klotrimazol topikal atau nistatin lazimnya berkesan. Jika tidak, gunakan pula flukonazol, itrakonazol atau amfoterisin B pada mulut atau secara intravena.[9] Sesetengah ubat-ubatan antikulat topikal boleh digunakan untuk jangkitan faraj termasuk klotrimazol.[12] Bagi yang penyakitnya merebak ke seluruh badan, digunakannya ekonokandin seperti kaspofungin atau mikafungin.[13] Secara alternatif, boleh digunakan juga amfoterisin B intravena untuk beberapa minggu.[13] Bagi sesetengah golongan yang amat berisiko tinggi, ubat-ubatan antikulat boleh dijadikan langkah pencegahan.[14][13]

Rujukan

WikiPedia: Kandidiasis http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb1929.htm http://www.emedicine.com/derm/topic67.htm http://www.emedicine.com/emerg/topic76.htm http://www.emedicine.com/med/topic264.htm http://www.emedicine.com/ped/topic312.htm http://www.cdc.gov/fungal/diseases/candidiasis/ http://www.cdc.gov/fungal/diseases/candidiasis/gen... http://www.cdc.gov/fungal/diseases/candidiasis/gen... http://www.cdc.gov/fungal/diseases/candidiasis/gen...