Kandungan_media

Dalam konteks bidang penerbitan, seni, dan komunikasi, kandungan atau konten [kon-tén, lazim di Indonesia] difahamkan sebagai maklumat dan pengalaman yang diarahkan kepada pengguna akhir atau penonton[1] "melalui medium tertentu seperti ucapan, tulisan atau sebarang pelbagai seni".[2] Hasil pengkaryaan sebegini boleh dihantar melalui media yang berbeza termasuk Internet, filem, televisyen, radio, telefon pintar, CD audio, buku dan majalah (baik yang tercetak mahupun elektronik) serta acara langsung seperti ucapan pidato, persidangan, pameran dan pementasan.