Kantana_Group

Kantana Group Public Company Limited (Bahasa Thai: บริษัท กันตนา กรุ๊ป จำกัด) ialah sebuah syarikat penerbitan filem dan televisyen yang bertapak di Bangkok, Thailand, dan juga antara studio perfileman tertua dan terbesar di negara tersebut. Kemudahan pascapenerbitan syarikat ini, termasuklah usahasama Oriental Post, merupakan pusat utama untuk pemprosesan dan suntingan filem di Asia. Syarikat ini juga terkenal kerana menghasilkan animasi, termasuk filem Khan Kluay yang dikeluarkan pada tahun 2006.Kantana ditubuhkan oleh Pradit dan Somsook Kaljaruek pada tahun 1951 sebagai sebuah kumpulan drama radio. Semenjak itu, syarikat ini menceburi bidang televisyen pada tahun 1958 dengan siri drama “Ying Kor Mee Hua Jai”, diikuti penerbitan filem cetera, iklan dan dokumentari.

Kantana_Group

Industri Filem, televisyen, animasi
Anak syarikat Kantana Laboratories
Oriental Post
Kantana Motion Pictures
Kantana Distribution
Kantana Publishing
Kantana Animation Studio
Saradee
Kantana Movie Town
Kantana Edutainment
Kantana I-MC
Kantana Organizer and Management
Apollo Lab
Mica Media
Thai Independent Network Agency
Perancang utama Somchat Intrathut, pengerusi
Somsook Kaljaruek, pengasas bersama dan pengerusi kehormat
Ibu pejabat Bangkok, Thailand
Laman sesawang http://www.kantana.com/
Ditubuhkan 1951
Jenis Awam