Struktur Kantana_Group

Operasi perniagaan syarikat ini dan anak-anak syarikatnya terbahagi kepada tiga bidang utama, iaitu penerbitan televisyen production, perfileman dan pascapenerbitan, dan "inforia" dan perhubungan awam.

Televisyen

Rancangan hiburan

Rancangan hiburan untuk seisi keluarga diterbitkan untuk siaran saluran televisyen Thailand iaitu saluran 5 (Royal Thai Army TV), BBTV Channel 7 dan TITV, termasuklah siri kartun "The Adventure of Khan Kluay".

Drama

Kira-kira 18 siri drama atau lakorn diterbitkan untuk disiarkan oleh BBTV Channel 7 dan TITV.

Filem

Kantana Animation Studio

Kantana Animation menerbitkan filem animasi komputer pertama Thailand pada tahun 2006, bertajuk Khan Kluay, yang memakan masa tiga tahun dan belanja 150 juta baht. Khan Kluay meneraju dari segi kutipan pawagam Thailand pada tahun 2006, iaitu 91 juta baht, di samping meraih beberapa anugerah. Begitu juga, siti TV Khan Kluay diterbitkan untuk saluran BBTV Channel 7. Pada tahun 2007, Kantana Animation dijadikan sebuah anak syarikat, bernama Kantana Animation Studio Company, Limited.

Pascapenerbitan

Kantana merupakan pusat perkhidmatan pascapenerbitan filem utama di Asia. Makmal filem Kantana menawarkan khidmat sari kata, pemotongan negatif, analisa warna, kesan optik, adunan bunyi, penggilapan filem dan salin cetak filem. Kemudahan ini turut menyediakan kerja makmal terhadap filem-filem seperti Memoirs of a Geisha, Superman Returns, Casino Royale dan puluhan filem cetera Thailand.

Studio bunyi syarikat ini menawarkan khidmat lakaban dan adunan audio untuk filem, rancangan televisyen iklan, termasuk rakaman, kesan bunyi, folei, reka bunyi dan alih suara/ADR. Kantana ialah syarikat Thailand pertama yang menerima kebenaran dari Dolby Laboratories untuk merakam bunyi berjenama Dolby.

Oriental Post

Oriental Post Company, Ltd., sebuah usahasama 50-50 oleh Kantana dan Loxley Video Post, menyediakan kemudahan pascapenerbitan digital, termasuklah penggubahan digital dalam format PAL, NTSC, HD 24p multi-format, telecine, penyuntingan digital dan penghasilan kesan khas. Berlengkapkan teknologi pertengahan digital, perkhidmatan Oriental Post turut merangkumi pemprosesan filem, penyelarasan imbasan, pembetulan warna, penyuntingan luar dan dalam talian, kesan digital, grafik komputer, rakaman audio dan pencetakan filem. Syarikat ini pernah menyediakan kerja pascapenerbitan unutk filem-filem Wong Kar-Wai, iaitu 2046 dan My Blueberry Nights.[1]