Kanun_Keseksaan

Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) ialah suatu akta yang digubal bagi memboleh seseorang ini diseksa atas kesabitan jenayah. Ada dua perkara yang membolehkan kanun ini diguna pakai:-1.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia.
Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan di bawah Kanun ini dan tidak di bawah mana-mana undang-undang lain bagi tiap-tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang dilakukannya di dalam Malaysia.
2.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia tetapi boleh di sisi undang-undang dibicarakan di dalam Malaysia.
Seseorang yang di sisi undang-undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah-olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.