Biografi Kaoru_(pelukis_komik)

Kaoru dilahirkan di Perak pada 4 Februari 1982. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai kartunis di syarikat Kumpulan Art Square menerusi majalah Gempak. Antara karya beliau yang pertama ialah Siri Maskeret Cinta. Pada tahun 2004 beliau hadir dengan karya terbaru iaitu Helios Eclipse yang bertemakan dunia fantasi yang disirikan di dalam majalah Starz yang kemudiannya dipindahkan ke majalah Gempak. Pada tahun 2009 selepas Helios Eclipse berakhir, beliau telah mencipta karya beliau yang bertemakan pembantu rumah iaitu Maid Maiden yang telah disirikan di dalam majalah Gempak yang kini telah dijadikan novel grafik bersiri.

Karya beliau yang terkini ialah My Secret Bodyguard yang sedang lagi disirikan di dalam majalah Gempak dan kini boleh didapati dalam bentuk novel grafik bersiri.