Dorongan Kapal

Sehingga penggunaan enjin stim oleh kapal pada awal abad ke-19, kapal-kapal bergerak dengan menggunakan ghali yang dikayuh dengan menggunakan pengayuh atau kapal layar yang bergerak dengan menggunakan angin.

Kapal perdagangan kebanyakannya adalah kapal layar, tetapi selagi pertempuran laut (naval warfare) bergantung kepada kapal melanggar (ram) kapal lain atau menghampiri untuk bertempur berhadap-hadapan (hand-to-hand), ghali merupakan pilihan untuk pertempuran disebabkan kelajuan dan kelincahan mereka. Kapal perang Yunani yang bertempur dalam Perang Peloponnesian merupakan trireme, sebagaimana kapal perang Rom yang bertempur dalam Pertempuran Actium. Penggunaan meriam dalam jumlah yang besar semenjak abad ke-16 bererti bahawa kelincahan kurang penting berbanding kekuatan tembakan sisi; dan ini mendorong kepada penguasaan kapal perang berlayar.

Kapal stim komersil pertama adalah PS Comet sepanjang 45 kaki pada tahun 1812, dengan tujahan stim dimajukan dengan jayanya untuk sepanjang abad ke-19. Pembangunan yang penting termasuk kondenser, yang mengurangkan keperluan untuk air tawar, dan pelbagai kemajuan enjin, yang meningkatkan kecekapan. Peningkatan dalam kecekapan enjin hasil kemajuan dalam turbin stim laut oleh Sir Charles Parsons, yang mempamirkannya pada Turbinia 100 kaki panjang di Penilaian Naval Spithead (Spithead Naval Review) pada tahun 1897. Ini mendorong kepada kapal penumpang (liner) laju pada awal separuh abad ke-20.

Kapal berenjin diesel mula diperkenalkan sekitar 1920. Ia terbukti lebih cekap berbanding turbin stim tetapi, untuk beberapa tahun, menghasilkan ratio kuasa berbanding ruang yang lemah. Kebanyakan kapal yang dibina sekitar 1960 berenjin diesel, atau kapal bermotor, kecuali satu iaitu Queen Elizabeth 2 pada 1968, yang dilengkapi dengan turbin stim (walaupun kemudiannya ditukarkan kepada diesel sebagai cara mengurangkan kos pada 1986). Kapal penumpang terakhir turbin stim ialah Pacific Sky yang dilancarkan pada 1984. Ada juga kapal kargo selepas itu yang menggunakan turbin stim, terutamanya jika muatannya ialah gas asli (LNG) atau batu arang (sebahagian muatan dijadikan bahan api).

Sebilangan kecil kapal telah dilengkapi dengan reaktor nuklear, tetapi kuasa tujahan ini menyebabkan kebimbangan mengenai keselamatan dan hanya popular dalam kapal induk besar dan dalam kapal selam, di mana keupayaan untuk menyelam untuk tempoh yang lama merupakan kebaikan yang jelas. Namun sebenarnya kapal seperti ini adalah sejenis kapal stim, kerana reaktor tersebut memanaskan stim untuk menggerakkan turbin.