Sejarah Kapal_pengangkut_pesawat_Admiral_Kuznetsov

Aturgerak 2016

Pada awal Julai 2016, laporan media Rusia menyatakan bahawa Laksamana Kuznetsov, selepas dibaik pulih akan diaturgerak ke Laut Mediterranean pada bulan Oktober untuk berperanan sebagai pelantar bagi melaksanakan serangan udara di Syria.[8]Sekiranya laporan ini benar, maka ia merupakan kali pertama sebuah kapal pengangkut pesawat Rusia (atau Soviet) terlibat dalam pertempuran. [9]

Operasi selepas Syria

Pawa awal bulan Januari 2017, satu pengumuman dibuat bahawa Admiral Kuznetsov dan kumpulan tempurnya akan diundurkan dari operasi di Syria dan kembali ke Rusia sebagai sebahagian pengecilan penglibatan Rusia di dalam konflik ini.[10] Semasa aturgeraknya di luar pantai Syria, pesawat daripada Admiral Kuznetsov telah melakukan 420 kali misi tempur dan menghentam 1,252 buah sasaran.[11] Pada 11 Januari 2017, Admiral Kuznetsov telah melakukan latihan ujian tembakan peluru hidup di Laut Mediterranean, berdekatan dengan luar pantai Libya.[12] Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa pada 11 Januari, Admiral Kuznetsov telah dikunjungi oleh pemimpin tentera Libya, Khalifa Haftar yang mana telah mengadakan satu persidangan video dengan Menteri Pertahanan Sergey Shoygu semasa di atas kapal.[13][14]

Pada 20 Januari, Admiral Kuznetsov telah dilihat melintasi Selat Gibraltar dan enam hari kemudian telah diiringi sepanjang Selat Inggeris oleh tiga buah pesawat Eurofighter Typhoon dari Tentera Udara Diraja dan sebuah frigat Type 23 HMS St Albans (F83).[15] Ia tiba di Severomorsk pada 9 Februari.[16] Pada 23 Februari 2017, Presiden Putin berkata bahawa aturgerak kapal ini ke Mediterranean telah dilakukan atas inisiatif peribadi beliau.[17][18] Kapal ini memulakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemodenan pada suku pertama 2017. Ia dijangka akan memanjangkan hayatnya selama 25 tahun lagi.[19]

Admiral Kuznetsov dijangka akan menjalani kerja-kerja pemodenan di Loji Pembaikan Kapal ke-35 di Murmansk antara tahun 2020 hingga 2021, bagi menaik taraf loji kuasa dan sistem-sistem elektronik kapal.[20]

Pada 30 Oktober 2018, Admiral Kuznetsov telah mengalami kerosakan kecil apabila dermaga terapung terbesar Rusia, PD-50 karam dan sebuah kren 70-tan telah terhempas ke atas dek Kuznetsov dengan meninggalkan kesan sedalam 5-meter di tengah dek penerbangan. Seorang dilaporkan hilang manakala empat orang mengalami kecederaan semasa dek terapung ini karam di Teluk Kola. Admiral Kuznetsov dalam proses meninggalkan dermaga apabila kemalangan ini berlaku.[21][22] Kos pembaikkan ini dianggarkan sebanyak 70 jutar uble (kira-kira 1 juta dolar) dan tidak menganggu proses penyelenggaraan dan pemodenan kapal.[23]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_pengangkut_pesawat_Admiral_Kuznetsov http://www.news.com.au/world/russia-sends-its-only... http://www.algora.com/Algora_blog/?p=187 http://www.foxnews.com/world/2017/01/11/russia-ste... http://www.highbeam.com/doc/1G1-10425823.html http://www.janes.com/article/79619/russian-navy-to... http://www.military-heat.com/39/admiral-kuznetsov-... http://www.naval-technology.com/projects/kuznetsov... http://www.newsru.com/russia/09feb2017/kuz.html http://sputniknews.com/military/20150820/102596422... http://www.youtube.com/watch?v=qa2E6X-xnnw