Rekabentuk Kapal_pengangkut_pesawat_Cavour

Cavour (hadapan) beroperasi bersama-sama dengan Harry S. Truman (tengah) dan Charles de Gaulle (belakang) di Teluk Oman, 2013 Cavour belayar di Teluk Naples.

Kapal ini direka untuk mengoperasikan gabungan pesawat kepak kaku V/STOL dan helikopter, operasi arahan dan kawalan dan pengangkutan anggota tentera atau awam dan kenderaan berat. Ruang hangar seluas 134 m (440 ka), 2,800 m2 (30,000 ka2) boleh digunakan sebagai ruang menyimpan kenderaan bagi sehingga 24 buah kereta kebal utama (biasanya Ariete) atau banyak lagi kenderaan ringan (50 Dardo IFV, 100+ Iveco LMV), dan juga dipasang dengan anjakan laluan buritan sehingga 70 tan, selain dua angkatan sehingga 30 tan untuk kegunaan operasi pesawat. Cavour juga boleh dioperasikan sebagai pelantar pendaratan helikopter, bagi helikopter pengangkut berat (AgustaWestland UH-101A ASH) dan 325 orang aggota marin (91 orang lain, sebagai pilihan).[1]Cavour mempunyai sesaran sebanyak 27,900 tan tetapi boleh mencapai lebih 30,000 tan dengan muatan ketenteraan penuh.[2]

Ia melengkapkan kapal pengangkut pesawat tentera laut Itali lain, iaitu Giuseppe Garibaldi.

Tentera Laut Itali akan mengantikan 16 buah pesawat Harrier dengan 15 buah (asalnya 22 buah) Lockheed Martin F-35B Lightning II.[3] Jadual F-35B tidak pasti, tetapi Cavour akan diubahsuai bagi menyokong pesawat F-35B menjelang tahun 2016.[4] Cavour akan mempunyai ruang sehingga 10 buah pesawat F-35B di dalam hangar, dan enam buah lagi akan diletakkan di dek penerbangan.[3]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_pengangkut_pesawat_Cavour http://www.highbeam.com/doc/1P3-694637521.html http://www.military-today.com/navy/cavour.htm http://www.naval-technology.com/projects/num/ http://www.ansa.it/web/notizie/photostory/primopia... http://www.marina.difesa.it/conosciamoci/editoria/... http://www.marina.difesa.it/programmi/portaerei.as... http://digilander.libero.it/en_mezzi_militari/html... http://digilander.libero.it/en_mezzi_militari/html... http://www.repubblica.it/esteri/2010/01/16/foto/po... http://www.telegraph.co.uk/news/picturegalleries/h...