Kapal_tempur_Jerman_Tirpitz
Kapal_tempur_Jerman_Tirpitz

Kapal_tempur_Jerman_Tirpitz

Tirpitz adalah kelas kedua dalam kapal tempur kelas-Bismarck yang dibina untuk Kriegsmarine (tentera laut) Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Dinamakan sempena Laksamana Besar Alfred von Tirpitz, iaitu arkitek Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial), kapal ini mula dibina di Kriegsmarinewerft Wilhelmshaven pada November 1936 dan badannya telah dilancarkan dua setengah tahun kemudian. Kerja-kerja selesai pada Februari 1941, apabila ia ditauliahkan ke dalam armada Jerman. Seperti kapal kembarnya Bismarck, Tirpitz dilengkapi dengan lapan laras meriam utama yang berukuran 38-sentimeter (15 in) dalam empat turet berkembar. Selepas beberapasiri pengubahsuaian masa perang, ia adalah 2000 tan lebih berat daripada Bismarck, menjadikannya kapal perang paling berat yang pernah dibina oleh tentera laut Eropah.[3]Selepas menamatkan ujian laut pada awal tahun 1941, Tirpitz secara singkat berkhidmat sebagai teras Armada Baltik, yang bertujuan untuk menghalang cubaan penerobosan yang mungkin dilakukan oleh Armada Baltik Soviet. Pada awal tahun 1942, kapal ini berlayar ke Norway untuk bertindak sebagai penghalang terhadap pencerobohan pihak Bersekutu. Sewaktu ditempatkan di Norway, Tirpitz juga bertujuan digunakan untuk memintas konvoi Bersekutu ke Soviet Union, dan dua misi seperti itu telah dicuba pada tahun 1942. Ini adalah satu-satunya peranan yang boleh dilaksanakan untuknya, sejak Serangan St Nazaire membuat operasi terhadap laluan konvoi Atlantik yang terlalu berisiko. Tirpitz berfungsi sebagai bayangan armada, memaksa Tentera Laut Diraja British mengekalkan angkatan laut yang signifikan di kawasan itu bagi membendung kapal tempur tersebut.[4]Pada September 1943, Tirpitz, bersama dengan kapal tempur Scharnhorst, mengebom kedudukan Bersekutu di Spitzbergen, merupakan satu-satunya tindakan Tirpitz menggunakan meriam utamanya dalam peranan ofensif. Sejurus kemudian, kapal itu telah rosak dalam satu serangan oleh kapal selam mini British dan selepas itu menjadi sasaran kepada beberapa siri serangan udara berskala besar. Pada 12 November 1944, pesawat-pesawat pengebom Lancaster British yang dilengkapi dengan 12,000-paun (5,400 kg) bom "Tallboy" melakukan dua serangan tepat dan satu tersasar yang mana menyebabkan kapal itu terbalik dengan pantas. Kebakaran geladak merebak ke magazin amunisi bagi salah sebuah turet meriam utama, menyebabkan letupan besar berlaku. Angka bagi jumlah kelasi yang terbunuh dalam serangan itu ialah dari 950 hingga 1,204 orang. Antara tahun 1948 dan 1957 bangkai kapal itu telah dipecah-pecahkan oleh satu operasi penyelamatan bersama Norway dan Jerman