Kapitan_Cina
Kapitan_Cina

Kapitan_Cina

Kapitan Cina, juga dieja Kapitan China atau Capitan China (Melayu: Kapten Cina; Cina: ; Belanda: Kapitein der Chinezen) pada asalnya merupakan gelaran Portugis untuk wakil penempatan Cina.[1][2] Pada abad ke-15, para pemerintah Asia Tenggara (seperti di Melaka dan Banten) memilih untuk berurusan dengan seorang individu daripada setiap kelompok etnik yang tinggal dalam wilayah masing-masing.[3][4] Kaedah pemerintahan secara tak langsung ini turut diwarisi oleh penjajah Portugis yang menakluki Melaka pada abad ke-16 , diikuti oleh kuasa Belanda di Hindia Timur Belanda, dan Inggeris di Malaya British.[3] Selepas berakhirnya zaman penjajahan, maka gelaran Kapitan sekadar kehormat.[3]