Produksi Kapsul_(filem)

Filem Kapsul ini pada awalnya dijadulkan untuk memulakan penggambaran pada 9hb Desembar 2013. Segala persediaan telah dibuat dengan rapi. Sebanyak 4 sesi latihan yang dikendalikan oleh Zaidi Omar telah diadakan bertempat pusat latihan ND Lala di Danau Kota Setapak. Filem yang bakal menelan anggaran belanja hampir RM2.3 juta ini akan menggunakan hampir 70 peratus teknik CGI dimana pihak Finas sudi memberikan sumbangan geran untuk penghasilan teknik CGI dan kos-kos lain adalah 100 peratus dari poket pihak penerbit Two Tones Sdn Bhd.Martias Ali,pengarah filem ini turut merasa bangga apabila jutawan internet Irfan Khairi berminat menjadi salah seorang pelakon dalam filem ini. Tun Dr. Mahathir Mohammad turut muncul didalam lima babak berdialog bersama Faizal Hussein. [3][4][5]Filem ini merupakan filem pertama yang menampilkan lakonan beliau.[6]

Filem ini telah menjalani pengambaran selama 25 hari di Kuala Kangsar.[7]Filem ini tamat pengambaraannya pada 8 Februari 2014.Berbeza dengan filem-filem kenegaraan sebelum ini, rata-ratanya hanya menggunakan satu latar masa sahaja seperti ketika serangan Jepun mahupun ketika komunis bermaharaja di Tanah Melayu.Namun filem ini menggunakan empat latar masa yang berbeza bagi memberi impak kefahaman maksimum tentang eleman kenegaraan kepada penonton.Empat latar masa yang dipilih melibatkan ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, era 1955 iaitu ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.[8]