Kapten_Kaizo

Kapten Kaizo (lahir di Planet GogoBugi, 4 November 1995; umur 24 tahun) merupakan satu watak dalam siri animasi BoBoiBoy. Dalam siri tersebut dia menjadi abang kepada Fang. Dia telah menganggotai pelbagai aktiviti pemberontakan di serata galaksi dan perkara itu telah menjadikannya sebagai pemberontak yang sangat terkenal di seluruh galaksi. Sebab mengapa manusia di Bumi tidak pernah mendengar nama 'Kaizo' adalah kerana teknologi penjelajahan angkasa Bumi masih lagi primitif dan tidak dapat mendengar sebarang khabar berita dari planet lain. Kapten Kaizo turut merupakan seorang kapten di dalam pasukannya yang dianggotai oleh Prebet Pang sebagai prebet dan Leftenan Lahap sebagai ahli kanan kepadanya.

Kapten_Kaizo

Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Pekerjaan Pemberontak
Kapten dalam Kumpulan Kaizo
Ahli dalam TAPOPS
Kemunculan pertama BoBoiBoy Musim 3, Episod 20: Bangkit BoBoiBoy Air (2015)
Spesies Alien yang menyerupai Manusia
Jantina Lelaki
Agama Shinto
Kewarganegaraan Akan diumumkan...
Disuarakan oleh Harris Alif (Bahasa Melayu - BoBoiBoy)
Nabil Zamanhuri (Bahasa Melayu - BoBoiBoy Galaxy)
Nama panggilan Pemberontak Lagenda (Probe)
Kapten (Fang, Lahap, BoBoiBoy), Kaizo (Yaya)
Abang (Fang)
Abang Kassim (nama penyamaran)
Kapten Kassim (Gopal)
Keluarga Fang (Adik lelaki)
Ibu dan bapa Kaizo
Gelaran Kapten Kaizo