Demografik Karakalpakistan

Populasi Republik Karalpakistan dianggar pada 1,200,000 orang, dimana 400,000 merupakan dari kaum Karakalpak, 400,000 dari kaum Uzbek dan 300,000 dari kaum Kazakh. Bangsa Karakalpak bercirikan kehidupan nomad, kebanyakkan mereka adalah nelayan dan pengembala, dan pertama disebut dalam kurun ke-16. Nama mereka membawa maksud "Topi Hitam", tetapi kebudayaan Karakalpak telah terhapus semasa pemerintahan Soviet, dimana topi hitam yang asal tidak dikenali. Bahasa Karalpak dikira rapat dengan bahasa Kazakh dari bahasa Uzbek. Nyatanya, tuduhan tentang kaum etnik mengenai penubuhan kerajaan Soviet adalah untuk memecah-belahkan populasi Kazakh. Bahasa yang ditulis dalam abjad Cyrillic telah diubah atau dilakukan modifikasi semasa zaman Soviet, dan penggunaan abjad Latin bermula sejak tahun 1996.

Selain ibu negerinya, Nukus, bandar-bandar besar termasuklah Hojeli (Uzbek: Hujayli; Russian Khodzheyli), Khorezm dan pelabuhan tinggal Moynaq, (Uzbek: Maynoq;Russian Muynak), di Laut Aral, yang kini jauh berbatu-batu ditengah-tengah negeri.