Pengkategorian Kargo

Lazimnya, barang angkutan disusun-bahagikan kepada pelbagai golongan sebelum dihantar. Kategori sesebuah barangan ditentukan mengikut:

  • jenis hantaran. Cth. cerek sesuai digolongkan dalam 'barangan isi rumah'.
  • berapa besar hantaran dari segi saiz dan bilangan.
  • berapa lama penghantaran hantaran.

Barang hantaran lazimnya dikategorikan sebagai barangan isi rumah, ekspres, parsel, dan tambang:

  • Barangan isi rumah termasuklah perabot, karya seni dan barang-barangan seumpamanya.
  • Barang-barangan yang kecil sekali, baik untuk kegunaan perniagaan mahupun peribadi, misalnya sampul surat, dikira sebagai ekspres. Hantaran sebegini jarang-jarang sekali melebihi beberapa kilogram dan sentiasa disimpan di dalam bungkusan pihak pengangkutan sendiri. Penghantaran ekspres sering diangkut melalui udara. Sepucuk sampul surat boleh disampaikan dari benua ke benua dalam masa sehari atau beberapa hari mengikut pilihan pengangkutan oleh penghantar.
  • Barang-barangan yang lebih besar seperti kotak kecil dikira sebagai parsel. Hantaran ini jarang-jarang melebihi 50 kg (110 lb), malah tidak seunit pun melebihi 70 kg (154 lb) beratnya. Parsel sentiasa disimpan di dalam bungkusan, baik oleh pihak penghantar mahupun pengangkut. Tahap perkhidmatannya pun berbeza-beza tetapi kebanyakan penghantarannya bergerak sepanjang 800–1,100 kilometer (497–684 mi)* sehari. Penghantaran parsel jarang sekali melalui udara berbanding jalan raya dan kereta api. Parsel mewakili majoriti penghantaran perniagaan ke pengguna (B2C).
  • Yang selain barangan isi rumah, ekspres dan parsel pula dipanggil penghantaran tambang.