Kontroversi Karim_Benzema

Tuduhan oleh Gallas

Pada November 2008, Benzema, antara beberapa pemain muda dalam pasukan , dituduh bertindak biadap selama Euro 2008 berlangsung. Tuduhan tersebut dilemparkan oleh William Gallas, yang menulis dalam autobiografinya. Walaupun sebagian besar tuduhan Gallas ditujukan kepada Samir Nasri,[205][206][207] selama pertandingan, Le Parisien melaporkan bahawa beberapa rakan sepasukan menyebut Benzema seorang yang "sombong" dan si penyerang dimarahi oleh pemain tengah senior Claude Makélélé setelah kekalahan dari Belanda.[208]

Skandal seks bawah umur

Pada 18 April 2010, televisyen Perancis, M6, pertama kali melaporkan bahawa empat anggota pasukan kebangsaan Perancis disiasat kerana menjadi pelanggan sebuah sesendal pelacuran yang beroperasi di sebuah kelab malam di Paris, dan sebahagian pelacur tersebut dijangka dibawah umur. Pemain-pemain tersebut adalah Franck Ribery, Sidney Govou, Hatem Ben Arfa dan Benzema.[209][210] Benzema disyaki melakukan hubungan dengan seorang pelacur ketika si gadis berusia 16 tahun, walaupun ditentang oleh peguamnya .[211] Pada 20 Julai, Benzema disoal siasat polis Paris dan dinyatakan untuk tuduhan "pelacuran bawah umur".[212][213] Pada November 2011, pendakwa berkeputusan mengenai kes Ribery dan Benzema selesai, berkata bahawa para pemain tidak mengetahui bahawa si gadis masih berusia 16 tahun.[214]

Rujukan

WikiPedia: Karim_Benzema http://www.theage.com.au/sport/soccer/fat-chance-2... http://www.411mania.com/games/news/86471/%5BMulti%... http://en.afrik.com/article12840.html http://www.benzema.com/ http://www.chicagotribune.com/sports/sns-rt-uk-soc... http://sportsillustrated.cnn.com/2008/soccer/10/20... http://www.djazairess.com/fr/elwatan/94450 http://www.djazairess.com/fr/infosoir/57077 http://www.espnstar.com/football/primera-liga/news... http://fr.fifa.com/worldfootball/clubfootball/news...