Karim_Latiff

Abdul Karim Bin Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Karim Latiff merupakan seorang pelakon filem Melayu. yang paling dikenali Sinonim dengan watak Safar di layar perak dalam trilogi Ahmad Albab bersama Tan Sri P.Ramlee.[1] Beliau berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura ketika berumur 18 tahun. Selain menyerlah dalam filem Sumpah Pontianak, Mahsuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, beliau juga berbakat dalam arena seni suara.Beliau mendirikan rumah tangga bersama Che Asma Hussain dan memiliki 5 orang anak , iaitu Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita , Izhar dan Izralfiddin.[2]