Karlos

Karlos (digayakan sebagai KARLOS) merupakan sebuah siri drama aksi Malaysia 2013 arahan Mohd Feroz Abd Kader terbitan Frontrow Pictures, dibintangi oleh Johan As'ari, Syazwan Zulkifli dan Nur Risteena. Ia mengisahkan perjalanan hidup Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama sekali oleh bapanya sendiri. Siri ini disiarkan di Slot Aksi TV3 bermula 4 Mac 2013 hingga 27 Mei 2013.[1] Sebuah telefilem terbitan turunan, Karlos Bolos disiarkan pada 8 Ogos 2013 sempena Hari Raya Aidilfitri.[2]

Karlos

Lagu penutup "Karma" oleh Faizal Tahir
Bahasa Bahasa Malaysia
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Fazidah Harun
Pengarah Mohd Feroz Abd Kader
Lagu pembukaan "Karma" oleh Faizal Tahir
Penerbit
  • Mohamed Rafiq Abdul Kader Sahib
  • Abdul Kalam Pakkir Mohamad
  • Mohamed Iskandar Abdul Kader
  • Mohamed Feroz Abdul Kader
Syarikat penerbitan Frontrow Pictures
Tempoh siaran 48 minit
Siaran asal 4 Mac 2013 – 27 Mei 2013
Bilangan episod 13
Dibintangi oleh Johan As'ari
Syazwan Zulkifli
Nur Risteena
Jay Iswazir
Genre Drama, aksi
Ditulis oleh Sofia J. Rhyland
Saluran asal TV3