Karya_Mark_Twain
Karya_Mark_Twain

Karya_Mark_Twain


Mark Twain ialah nama pena Samuel Langhorne Clemens (30 November 183521 April 1910), seorang penulis satira lucu, pengarang novel, serta pensyarah yang termasyhur di Amerika Syarikat. Karya-karyanya masih amat popular pada hari ini. Kemahiran Clemens dalam penulisan bahasa percakapan, berdasarkan tema dan bahasa basahan Amerika Syarikat, telah mencipta dan mempopularkan sebuah kesusasteraan Amerika Syarikat tersendiri.Novel Clemens yang bertajuk "Pengembaraan Huckleberry Finn" (Adventures of Huckleberry Finn) telah dianggap secara umum sebagai sumbangannya yang terutama kepada Kesusasteraan Amerika Syarikat. Ernest Hemingway (1899-1961), seorang tokoh novel yang termasyhur, berkata: "Kesemua kesusasteraan Amerika Syarikat berasal daripada sebuah buku Mark Twain yang bertajuk Huckleberry Finn... Tiada apa-apa sebelum itu. Tiada apa-apa yang sebegitu baik sejak itu."