Pengembaraan_Huckleberry_Finn
Pengembaraan_Huckleberry_Finn

Pengembaraan_Huckleberry_Finn

Pengembaraan Huckleberry Finn (Inggeris: Adventures of Huckleberry Finn) ialah sebuah novel bahasa Inggeris oleh Mark Twain, yang pertama kali diterbitkan di United Kingdom dalam bulan Disember 1884 dan di Amerika Syarikat dalam bulan Februari 1885. Karya ini, yang sering dimasukkan ke dalam senarai Novel Amerika Agung, merupakan satu daripada karya besar kesusasteraan Amerika yang pertama kali ditulis dalam bahasa Inggeris vernakular yang bercirikan warna tempatan. Ia diriwayatkan dalam bentuk orang pertama oleh Huckleberry Finn, sahabat Tom Sawyer, yang juga menjadi periwayat dua lagi novel Mark Twain Tom Sawyer Abroad ("Tom Sawyer di Perantauan") dan Tom Sawyer, Detective) ("Tom Sawyer, Mata-Mata Gelap"). Novel "Huck Finn" ini ialah susulan lansung The Advenures of Tom Sawyer ("Pengembaraan Tom Sawyer").Buku ini terkenal buat pemerian warna-warninya tentang penduduk dan tempat-tempat di sekitar Sungai Mississippi. Novel ini sentiasa popular dalam kalangan para pembaca dan menjadi bahan kajian pengkritik sastera semenjak penerbitannya. Ia dikritik semasa diterbitkan kerana bahasanya bahasa basahan dan kasar, dan menjadi bertambah kontroversial dalam abad ke-20 kerana ia menggunakan stereotaip ras dan kerana sering memuatkan perkataan "nigger" yang dianggap menghina bangsa kulit hitam, kendatipun terdapat hujah-hujah yang kuat yang menunjukkan protagonisnya, dan jalan cerita buku, amat kuat menentang rasisme.[2][3]

Pengembaraan_Huckleberry_Finn

Bahasa Inggeris
Artis kulit Taylor
Penerbit Chatto & Windus / Charles L. Webster And Company.
Siri 27
Halaman 366
Pengarang Mark Twain
OCLC 29489461
Pengilustrasi EW Kemble
ISBN ISBN Tidak berkaitan Invalid ISBN
Didahului oleh Kehidupan di Mississippi (Life on the Mississippi)
Tarikh penerbitan 1884 UK & Kanada
1885[1] Amerika Syarikat
Negara United Kingdom / Amerika Syarikat
Jenis media Cetak
Genre Novel satira
Diikuti oleh A Connecticut Yankee in King Arthur's Court

Berkaitan