Mark_Twain
Mark_Twain

Mark_Twain

Samuel Langhorne Clemens (30 November 1835 – 21 April 1910), lebih dikenali dengan nama penanya Mark Twain, seorang penulis satira lucu, pengarang novel, serta pensyarah yang termasyhur yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau menulis The Adventures of Tom Sawyer (Pengembaraan Tom Sawyer) (1876) dan susulannya, The Adventures of Huckleberry Finn (Pengembaraan Huckleberry Finn) (1885);[2] novel kedua sering disebut "Novel Amerika Agung."Karya-karyanya masih sangat disukai ramai sehingga ke hari ini. Kemahiran Clemens dalam penulisan bahasa percakapan, berdasarkan tema Amerika Syarikat dan bahasa basahannya telah mencipta dan mempopularkan satu kesusasteraan Amerika Syarikat tersendiri. Dalam tahun 1907, beliau dianugerahkan gelaran doktor kehormat LLD (Doctor of Letters) oleh Universiti Oxford.Walaupun Twain mendapat bayaran lumayan buat penulisan-penulisan dan syarahan-syarahannya, beliau melaburkan wangnya dalam usaha-usaha yang merugikan, terutama sekali Pengatur huruf Paige, yang gagal disebabkan terlalu kompleks dan tidak berapa persis. Ekoran kerugian kewangan ini, beliau mengisytiharkan dirinya muflis. Beliau berjaya menangani masalah kewangannya dengan bantuan Henry Huttleston Rogers. Twain membayar hutangnya dengan sepenuhnya walaupun dari segi undang-undang, beliau tidak perlu melakukan demikian.Twain dilahirkan sejurus selepas peristiwa kehadiran Komet Halley, dan beliau meramalkan yang beliau juga akan "padam bersama-sama komet itu."[nota 1] Beliau meninggal dunia pada hari keesokan kehadiran semula komet itu. Twain disanjung sebagai "penulis lucu Amerika yang teragung pada zamannya"[nota 2][3] sementara William Faulkner menggelar Twain "bapa sastera Amerika."[nota 3][4]