Watak-watak Pengembaraan_Huckleberry_Finn

Mengikut urutan kemunculan:

  • Huckleberry Finn ialah seorang budak lelaki berusia lebih kurang 13 atau 14 tahun. Beliau dibesarkan oleh bapanya, seorang pemabuk, dan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Tom Sawyer dan rakan-rakannya kadang kala memanggilnya "Huck Finn".
  • Widow Douglas ("Balu Douglas") ialah seorang wanita tua yang baik hati yang menjaga Huck selepas beliau dan Tom terjumpa wang. Balau Douglas mencuba sedaya upaya untuk memperadabkan Huck kerana mempercayai bahawa ini adalah kewajipannya sebagai seorang Kristian.
  • Miss Watson ("Cik Watson") ialah adik perempuan balu. Cik Watson merupakan seorang anak dara tua yang cekal, tinggal bersama-sama mereka. beliau agak tegas dengan Huck dan ini menyebabkan Huck berasa geram terhadapnya. Samuel Clemens (Mark Twain) mungkin mendapat ilham untuk watak ini daripada beberapa orang yang beliau kenali dalam kehidupannya.[4]
  • Jim ialah hamba Miss Watson yang berbadan tegap dan yang mempunyai perwatakan lembut. Huck dan Jim menjadi akrab dalam novel, apabila mereka bertemu semula selepas Jim melarikan diri daripada Cik Watson untuk mencari perlindungan daripada penghambaan. Jim dan Huck menjadi rakan pemnembaraan di Sungai Mississippi.
  • Tom Sawyer ialah sahabat Huck yang seumur dengannya. Tom merupakan watak utama dalam novel-novel Twain yang lain, dan ketua gerombolan kanak-kanak lelaki pekan dalam banyak pengembaraan, dan "pejuang terbaik dan budak yang terpintar dlam pekan"[nota 1][4]
  • "Pap" Finn, bapa Huck, ialah seorang kaki botol. Beliau sering menjadi marah terhadap Huck dan tidak mahu Huck mendapat apa jua pendidikan. Beliau juga meminta wang untuk pembelian arak daripada Huck.
  • Judith Loftus memainkan peranan kecil dalam  — seorang wanita yang baik hati dan tajam persepsi yang menjadi sumber rujukan buat Huck dalam misinya mencar Jim  — akan tetapi ramai pengkritik menganggap Judith sebagai watak wanita yang terbaik dalam novel.[4]
  • The Grangerfords, keluarga bangsawan Kentucky yang dikepalai Colonel Saul Grangerford, seorang yang berusia 60-an. Keluarga ini mengambil Huck selpas beliau terpisah daripada Jim di Mississippi. Huck menjadi akrab dengan anak lelaki termuda keluarga, Buck Grangerford, yang sama usia dengannya. Pada waktu Huck bertemu mereka, keluarga Grangerford sudahpun terlibat dalam sebuah kesumat darah dengan sebuah keluarga tempatan, keluarga Shepherdson.
  • The duke dan the king dua orang kaki tipu yang dibawa Huck dan Jim atas rakit mereka sejurus sebelum permulaan pengembaraan mereka di Arkansas. Kedua-dua watak ini menonjol dalam novel, menipu orang pekan tempatan dengan tipu helah skim cepat kaya mereka. "Duke" yang setengah umur mendakwa dirinya sebagai Duke dari Bridgewater yang telah lama hilang (walaupun beliau sering menyebut "Bilgewater" dan kadang kala dipanggil nama itu oleh "king"), sementara "king" yang lebih tua mendakawa dirinya sebagai Dauphin dari France yang sudah lama hilang, justeru juga kadang kala dipanggil "Capet" oleh duke.
  • Mary Jane, Joanna, dan Susan Wilks adalah tiga orang anak buah seorang kaya yang juga penjaga mereka, Peter Wilks, yang baru sahaja meninggal dunia. Duke dan king cuba mencuri harta pusaka mereka yang ditinggalkan Peter Wilks, dengan menyamar sebagai saudara Peter yang sudah terputus hubungan dengannya yang datang dari England.
  • Aunt Sally dan Uncle Silas Phelps, ("mak cik Sally dan "Pak cik Silas Phelps") ialah dua orang yang dikenali Huck selepas beliau meninggalkan duke dan king. Huck menyamar sebagai anak buah mereka. Mak cik merupakan seorang yang baik hati tetapi mudah tersentap. Pak cik pula seorang petani dan paderi tua yang melangkah berat.
  • Doctor Robinson ialah satu-satunya orang yang nampak bahawa duke dan king sebenarnya penipu apabila mereka cuba menyamar sebagai orang British. Doktor Robinson cuba memebri amaran kepada orang pekan tetapi mereka tidak mengindahkan amarannya.

Banyak lagi watak yang memainkan peranan penting mahupun kecil dalam banyak episod dalam novel. Watak-watak ini termasuk hamab yang dimiliki beberpa keluarga, orang pekan, pengendali rakit, doktor dan seorang kapten bot api.