Vernakular

Vernakular atau bahasa vernakular ialah bentuk bahasa yang dipakai dalam kehidupan sehari-hari oleh suatu golongan atau kaum dalam masyarakat.[1][2] Vernakular dapat dianggap berkontras dengan bahasa kebangsaan, bahasa kesusasteraan, bahasa liturgi, bahasa ilmiah, atau lingua franca, iaitu bahasa perantara yang dipakai untuk memudahkan komunikasi di belahan sebuah kawasan besar. Bahasa vernakular biasanya ialah bahasa asli, lebih lazim dipakai dalam percakapan daripada tulisan dan biasanya dipandang berstatus lebih rendah daripada bentuk yang melalui tahap kodifikasi.[3] Vernakular dapat berupa ragam bahasa, dialek geografi, sosiolek, atau bahasa daerah.Dalam pemahaman lain, vernakular ialah bahasa yang tidak mempunyai bentuk baku/kodifikasi atau tradisi kesusasteraan.[4][5] Dalam konteks pembakuan bahasa, sebutan "vernakular" atau "dialek vernakular" kadang dipakai sebagai sinonim istilah "dialek nonbaku".[6]