Sinopsis Kashaf_Imani

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf (Beto Kusyairy) seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah (Normah Damanhuri) yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu menyelamatkan adiknya daripada kancah maksiat.