Penerbitan Kasihku_Selamanya

Rakaman lagu "Kasihku Selamanya" mengambil masa dua jam untuk disiapkan. Menurut Aubrey Suwito selaku komposer, beliau mengarang lagu tersebut bagi memenuhi keupayaan vokal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apabila rakaman selesai, Suwito tidak terkejut melihat Siti telah menyiapkannya dengan mudah, walaupun baru sahaja melahirkan bayinya pada masa itu. "Apabila pihak produksi filem Dendam Pontianak, Tiger Tiger menyatakan hasrat mahu melamar Siti menyanyikan lagu runut bunyi produksi seram itu, saya meminta mereka berbincang dengan pihak pengurusannya.".[2][3] Beliau berkata Siti hanya mempunyai satu hari untuk menamatkan proses rakaman. Sebagai seorang profesional, Siti berjaya melakukannya dalam masa dua jam sahaja.[2] Aubrey mengakui bekerja dengan Siti ialah pengalaman yang sangat mudah.[4]

Rujukan

WikiPedia: Kasihku_Selamanya http://www.gempak.com/artikel/21894/terima-kasih-k... https://music.apple.com/my/album/kasihku-selamanya... https://www.budiey.com/siti-nurhaliza-kasihku-sela... https://www.musicpressasia.com/2019/07/11/cranky-m... https://open.spotify.com/album/4BqTSHj2lSnfTKatZbL... https://www.youtube.com/watch?v=hDlj3gjOIVU https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/477305/ama... https://www.kosmo.com.my/hiburan/lagu-baharu-siti-... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/07/50...