Kataphract
Kataphract

Kataphract


Kataphract merupakan pasukan kalavari berat yang kebanyakkannya digunakan di Eropah Timur dan Eropah Tenggara, di Anatolia dan Iran semenjak akhir silam antiquity sehingga Pertengahan Zaman Pertengahan. Istilah ini adalah istilah Yunani, dengan kata asas bererti "lindung" atau "dilindungi", dan istilah ketenteraan khas adalah "berperisai". Negara yang menggunakan Kataphracts pada satu ketika dalam sejarah termasuk Sarmatian, Parthia, dinasti Sassanid, Armenia, Pergamon, Empayar Rom, Empayar Byzantine, dan lain-lain.Kataphracts merupakan pasukan penyerang berat bagi kebanyakan negara yang memiliki mereka, bertindak sebagai pasukan kejutan yang disokong oleh pasukan infantari ringan atau berat dan pemanah berkuda atau berjalan kaki. Pemanah sokongan dianggap penting bagi penggunaan Kataphracts dengan betul. Tentera Parthian mengalahkan Rom di Carrhae pada tahun 53 BCE dengan beroperasi terutamanya sebagai pasukan Kataphracts senjata gabung (combined arms dan pemanah berkuda menentang infantari berat Rom.Serbuan Kataphract biasanya lebih berdisplin dan kurang membabi-buta (impetuous) berbanding serbuan kesasteria Eropah Barat, tetapi amat berkesan disebabkan oleh displin dan jumlah besar tentera yang terbabit.