Sejarah Katowice

Kawasan sekitar Katowice iaitu Upper Silesia, pernah didiami oleh etnik Silesia sejak kurun pertama masihi. Ia diperintah buat pertama kali oleh Dinasti Piast Poland sehinggalah kejatuhan dinasti itu. Ia kemudian diperintah oleh Kerajaan Habsburg. Badar itu sendiri diasaskan pada kurun ke-19 masihi ketika kawasan terbabit di bawah pemerintahan Kerajaan Prussia, dan Katowice mendapat taraf bandaraya pada tahun 1865. Diduduki oleh orang-rang Jerman, Silesia, Yahudi, dan Poland, Katowice menjadi sebahagian daripada Republik Kedua Poland bersempena dengan kebangkita masyarakat Silesia di antara tahun 1918 dan 1921. Tanah di kawasan itu dibahagikan oleh tentera bersekutu, meninggalkan Kattowitz di sebelah Poland dengan kuasa autonomi.

Bandar ini berkembang kerana banyaknya sumber-seumber asli (kebanyakannya adalah arang batu) di kawasan pergunungan sekitar.

Di antara tahun 1953-1956 ia dinamakan sebagai Stalinogród - "Bandar Stalin" oleh pihak komunis Poland.