Jenis Kavadi

Vel kavadi

Vel Kavadi

Amalan yang paling mengkagumkan adalah vel kavadi, pada asasnya meja penyembahan boleh alih dengan ketinggian sehingga dua meter, dihiasi dengan bulu merak dan dilekatkan pada penganut dengan 108 cangkuk yang menembusi kulit pada dada dan belakang. Berjalan atas api dan pencambukan juga diamalkan. Ia didakwa bahawa penganut mampu memasuki keadaan bersawai, tidak merasa sakit dan tidak berdarah dari luka mereka dan tidak mninggalkan parut.

Kavadi jenis lain

Tidak semua Kavadi membabitkan ketahanan fizikal melampau. Sesetengah penganut turut membawa kendi susu tembaga di atas kepala sementara yang lain membawa periuk kecil dengan persembahan kepada para dewa".[2]