Punca Kawalan_penerbangan_dalam_kawasan

Animasi penurunan Penerbangan 801 Syarikat penerbangan Korea di Guam pada tahun 1997 (NTSB)

Ketika terdapat banyak punca mengapa kapal terbang terhempas ke bumi, termasuk cuaca buruk dan masalah peralatan navigasi, ia didakwa bahawa kesilapan juruterbang merupakan faktor utama terbesar yang mendorong kepada kejadian CFIT.[1]

Malah profesional berpengalaman tinggi boleh melakukan CFIT akibat kelesuan, kehilangan kesedaran situasi, kekeliruan. CFIT dianggap sebagai disebabkan oleh kekeliruan spatial, di mana juruterbang tidak menyedari kedudukan dan orentasi mereka berbanding permukaan Bumi.[5]

Kejadian seingkali membabitkan pelanggaran dengan muka bumi seperti bukit atau gunung, dan mungkin berlaku dalam keadaan berawan atau di mana berlaku kekurangan taha pemandangan. CFIT sering kali berlaku semasa pesawat menurun untuk mendarat berhampiran dengan lapangan terbang. CFIT boleh dikaitkan dengan kerosakan peralatan terlindung. Sekiranya kerosakan berlaku pada peralatan navigasi dan ia tidak dikesan oleh kakitangan, ia boleh mengelirukan kakitangan kearah panduan yang salah disebalik maklumat lain yang diterima dari peralatan yang berfungsi dengan baik yang lain, atau disebalik padangan langit yang cerah yang sepatutnya membenarkan krew menyedari dengan mudah jarak dengan daratan.