Kebudayaan Kazakh

Kebudayaan orang Kazakh adalah pelbagai kerana faktor phenotypical. Bentuk khemah mereka lebih condong kepada Mongoloid. Kulit mereka coklat, hidung bengkok dan tulang pipi tinggi . Nomad ini berkeliaran di Pergunungan Altai di utara Mongolia dan terdapat juga di padang-padang rumput steppe Asia Tengah.

Alat muzik yang popular ialah dombra - memetik kecapi dengan dua senar. Alat ini digunakan ketika nyanyia solo dan berkumpulan.

Mereka mengamalkan sistem perkahwinan exokamous iaitu perkahwinan dengan keturunan nenek moyang dianggap tabu. Dalam perkahwinan, keturunan ayah menentukan.

Bahasa yang digunakan mirip bahasa Turki yang tersebar di Eropah Timur, Asia Tengah, Xinjiang, dan Siberia. Bahasa ini mirip menyamai bahasa Uzbek, Kyrgyz, Tatar, Uyghur, Turkey, Azerbaijan dan Turkmen.

Agama anutan mereka ialah Islam, yang dibawa oleh orang Arab pada abad ke-8. Awalnya Islam tersebar di Turkistan, kemudian tersebar di utara. Ia ada kaitan dengan mubaligh Samanid di sekitar Taraz di mana ramai orang Turki memeluk agama Islam. Pada peringkat awal, Russia membiarkan agama Islam berkembang di mana ulama Muslim dijemput memberi khutbah. Semangat keagamaan ini membentuk pengikut Pan-Turkisme.

Rujukan

WikiPedia: Kazakh http://www.china.org.cn/english/features/EthnicGro... http://www.citizenmongolia.com/index.php?option=co... http://books.google.com/books?ei=F-jgSZyCJI3aygSpi... http://www.stat.kg/stat.files/tematika/%D0%B4%D0%B... http://sana.gov.kz/showarticle.php?lang=eng&id=152 http://www.stat.kz/p_perepis/Pages/n_04_02_10.aspx http://www.chrono-tm.org/?024804195700000000000001... http://www.chrono-tm.org/?024804225400000000000001... http://www.chrono-tm.org/?024804237100000000000001... http://www.chrono-tm.org/?024804256200000000000001...