Biography Kazanna

Kazanna ialah sebuah kumpulan berasakan musik symphonic metal yang ditubuhkan pada pertengahan 2010, yang di anggotaiempat orang. Mereka ialah Feeza(Vokal), Amar (Guitar/Keys), Reezal (Drum), dan Jack(bass). Kesemua mereka adalah daripada bekas kumpulan Pasca Tragedy, sebuah kumpulan bergenre symphonic/power metal. Melalui perjalanan menjadi seorang pemusik, Mereka telah menambah pengalaman melalui beberapa persembahan gig dan battle of the bands di Lembah Klang sewaktu Pasca Tragedy masih ditubuhkan. Malangnya, mereka tidak keluar dengan mana-mana bahan kerana terdapat perselisihan di dalam kumpulan sejak mula lagi. Dengan pengalaman yang ada, Amar mendapat idea untuk membentuk sebuah kempulan yang baru dengan genre yang sama tetapi dengan memberi lebih penekanan terhadap penyusunan orkestra. Dia mengumpulkan semula bekas ahli kumpulan Pasca Tragedy untuk membentuk semula kumpulan dengan mengekalkan Feeza yang merupakan penyanyi awal dalam Pasca Tragedy.

Mereka memilih nama Kazanna sebagai nama kumpulan yang baru. Maksud sebenar nama Kazanna adalah daripada perkataan melayu iaitu Khazanah yang memberi maksud sebagai harta. Dengan harapan untuk bermula dengan suasana yang baru, gaya musik dan juga penampilan. Selepas Penubuhan, mereka telah pun mengeluarkan demo yang berjudul Funeral Of Heart, di dalam demo ini terdapat dua lagu iaitu Funeral Of Heart dan Never Ending Story, dalam demo ini juga, Mereka juga memperkenalkan pengaturan skor pertama merekayang bertajuk The Tale of Epic marching Symphony, digubah oleh Amar. Pada janka masa satu tahun selepas demo dikeluarkan, mereka mengeluarkan satu lagi album EP yang ber tajuk Will Of Heroes, di dalam album ini terdapat tujuh lagu vokal dan dua gubahan skor, album ini telah dilancarkan pada 1 May 2011 di KL Metal Camp. Muzik penyampaian mereka dipengaruhi oleh Nightwish , Epica , Kamelot dan banyak lagi ..

Selepas kejaayan pertama Kazannamemperoleh EP, mereka sekali lagi dilanda masalah dalaman. Masalah ituberlangsung sehingga gig mereka di Johor pada 2012. Mereka membuat keputusanmengeluarkan vokalis mereka Feeza atas dasar komitmen dan disiplin.. Singleyang sepatutnya di keluarkan pada 2012 tidak dapat di realisasikan. Hampir 2tahun Kazanna menyepi, Amar selakuketua dalam kumpulan mengambil vokalis lelaki yang berlainan vokal . Amymerupakan rakan vokalis sewaktu PascaTragedy lagi dan pernah berganding bersama semasa KL METAL CAMP. Bassist Kazanna juga di tukarkan kepada bassist baruiaitu Zamir Georgie yang merupakan rakan band. Pada awal 2014, perbincanganmenghasilkan EP ke2 dijalankan dengan lancar.. EP yang dijangka di keluarkanpada Desember ini, melalui proses yang baik.. EP ini merupakan pembaharuanterbaru Kazanna dengan menukar gayabunyi lagu sesuai dengan vokal lelaki yang lebih lantang.. Susunan orkestralebih padat dan nyata bunyi, lagu yang dihasilkan lebih bertenaga dan lebihsymphonic. Dengan menampilkan 6 lagu dalam EP, 5 lagu vokal dan 2 daripadanyamerupakan lagu yang tidak dapat dikeluarkan dulu....