Kebakaran_Kompleks_Campbell
Kebakaran_Kompleks_Campbell

Kebakaran_Kompleks_Campbell

Kebakaran Kompleks Campbell ialah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Berlaku pada 8 April 1976 iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Terletak di Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Semasa Kompleks Campbell mula dibuka, bangunan ini ialah satu-satunya bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Bangunan itu dipercayai mula terbakar pada jam 10.30 malam akibat litar pintas.