Sejarah Kebenderaan

Kajian tentang bendera pada dahulunya terangkum umum dalam ilmu jata. Namun, topik ini mula dipecahkan sebagai bidang yang tersendiri pada tahun 1961 dirintiskan oleh Whitney Smith, seorang sarjana dan pengkaji bendera Amerika Syarikat melalui penerbitan The Flag Bulletin;[3] beliau sendiri turut mencipta istilah khusus bidang ini pada tahun 1957. Dalam penulisannya ada disebutkan beliau: "walaupun penggunaan bendera berasal daripada hari-hari terawal tamadun manusia, kajian tentang penggunaan tersebut dalam gaya serius sangat baru yang istilahnya ... tidak terbit dalam cetakan hingga tahun 1959."[4]

Smith banyak menubuhkan pelbagai persatuan serta sidang perbincangan berkaitan kajian rekaan bendera ini sepanjang hidupnya termasuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Veksilologi Antarabangsa (ICV/KVA), Persatuan Veksilologi Amerika Utara, dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Veksilologi Antarabangsa (PPVA/FIAV).[5]

Penglibatan dalam bidang ini termasuk kerja akademik dalam bidang seperti sosiologi, sejarah atau reka bentuk, profesional atau sebaliknya, sumbangan daripada industri bendera, dan minat daripada mereka yang gemar akan bendera. KVA dan mesyuarat ilmu ini secara peringkat tempatan sering meliputi minat yang luas tentang bendera. Sejak tahun 1969, sebuah Kongres Veksilologi Antarabangsa telah dianjurkan setiap dua tahun di bawah naungan FIAV; maklumat yang dipaparkan di sebuah ICV diterbitkan selepas ICV tersebut sebagai maklumat prosiding Kongres tersebut.