Kebogelan
Kebogelan

Kebogelan


Sectau ketelanjangan adalah keadaan tidak memakai pakaian atau tidak ditutupi apa-apa pun.[1] Ia kadang-kadang merujuk kepada pemakaian secara menyerlah; apabila pakaian kurang dari apa yang dianggap oleh ketetapan sesebuah budaya pada keutamaan dan keadaan, dan pada keutamaannya adalah mendedahkan kulit pada bahagian peribadi dan mempunyai kegunaan analogi.Kebogelan mungkin timbul dalam banyak situasi, baik dalam konteks seksual atau bukan-seksual. Perbuatan berbogel selalunya dilakukan oleh manusia ketika ia sedang melakukan persetubuhan, atau pencucian/pembersihan (pakaian ataupun tubuhnya) secara bersendirian di dalam ruangan tertutup seperti di dalam tandas. Namun ada juga manusia yang berbogel ketika tidur, sementara ada juga bertelanjang pada situasi yang berlainan misalnya seperti untuk tujuan keselamatan dan peragaan diri. Tempoh bagi seseorang itu bertelanjang juga berbagai bergantung kepada situasi, dengan beberapa orang memilih untuk hidup gaya hidup telanjang, sementara yang lain melakukannya cuma sekejap, seperti pada ekshibisionisme, atau kadang-kala, seperti berenang secara bertelanjang. Ketelanjangan telah digambarkan dalam berbagai media, kesenian, fotografi, filem dan di Internet. Ini merupakan faktor dalam hiburan dewasa dari berbagai jenis. Ketelanjangan di hadapan orang lain dapat menimbulkan kontroversi kerana ketelanjangan bukanlah merupakan suatu budaya yang boleh suka-suka ditonjolkan kepada masyarakat secara bebas.Banyak orang memiliki pandangan yang amat kuat tentang kelakuan bertelanjangan, yang kepada mereka mengangkat isu-isu dan standard dari kerendahan hati, kesopanan dan moraliti. Pada waktu yang sama, aspek erotik dari ketelanjangan telah menarik penonton pada setiap saat dalam sejarah manusia.Kebogelan secara kasarnya dibahagikan kepada 2 situasi yang berbeza iaitu: